kali ni aku nak memblog secara realiti plak. amende realiti blog ni? hah! sekarang ni aku tengah tengok rancangan destinasi bajet kat 8tv kul 9.30 malam. aku minat giler ngan rancangan nih. sebab dengan rm300, macam2 kita boleh buat rupanya kat malaysia ni beb!

so sambil tengok tv, sambil memblog. tu la pasal nama dia kali ni blog realiti destinasi bajet.
kali ni destinasi bajet ke negeri sembilan. macam best je. since negeri sembilan dekat je kan. so mamat tu just drive naik kereta je la. dengan rm300, jom kita tengok apa yang mamat tu boleh buat dalam masa 3 hari 2 malam kat pd dan seremban. cam best je kan. jom la jalan2 kat malaysia beb!
so sambil tengok tv sambil aku menaip! sekarang mula!
de pantai resort pd
kali ni mamat tu stay kat de pantai resort – air panas ada, sink ada, toilet ada, pool pun ader! tapi aku tengok pool dia kali ni macam kaler hijau. macam sarang buaya la plak. heheheh no offence heh de pantai resort. dah nama pun destinasi bajet, so kenalah tinggal kat tempat yang bajet2 kan. takleh nak stay kat resort mewah lak kan. hehehehe aku tengok bilik dia okeylah. so-so untuk destinasi bajet kan. ye lakan janji boleh tidur dengan menyahtinja cukupla kan. ehehehehe
masak lemak cili padi
makan masak lemak cili padi rm5 satu kepala buffet depan resort je. heheheh tengok mamat tu makan memang best la! memang murah giler. masak lemak cili padi memang terkenal kat negeri sembilan. fuhhhh kena plak masak ikan sembilang. fuhhhh terangkat beb! kalau mertua lalu pun tak nampak kalau dah melantak nasi putih dengan ikan sembilang masak lemak cili padi. fuhhhhhhh syurga dunia la kali ni beb!
rumah api cape rachado
nak masuk rumah api, just minta kebenaran je. pemandangan memang cun giler beb. cam best je amik gambar daripada atas rumah api tu kan. boleh nampak sumatera la. memang takde batas, horizon sampai ke hujung. aku rasa rumah api ni memang suatu tempat yang wajib dilawati kalau singgah ke pd nih. dekat sebelah ilham resort pd je rumah api nih. memang saujana mata memandang la kalau dah dok kat atas nih. kalau ada dslr lagi la best kan, bolehlah amik gambar horizon yang cun giler. guna filter langit sekali key. heehehehehehe !
muzium tentera port dickson
kat pd ni pun ader muzium tau! muzium tentera lagi. entrance fee free je! boleh masuk kat dalam kereta perisai lagi tu beb! so bolehlah posing2 kat dalam kereta kebal tuh. nak merasa grenade ngan kelonsong peluru pun best gak. hehehehe kat sini pun ada terowong parti komunis malaysia. replika terowong je beb! boleh masuk terowong dan ada semua gambar2 real barang rampasan komunis dulu2 kat dalam terowong nih. pakaian dalam wanita pun ader. amenda la kan.
pantai port dickson
petang2 santai kat sini best gak. naik banana boat satu kepala rm15 je! murah beb. banyak gak aktiviti air yang best. syok siot tengok mamat tu naik banana boat tu kan. aku tak pernah la merasa naik banana boat nih kan. kalau setakat canoeing tu memang biasa la kan. so kena cuba la banana boat kali ni kan. hehehehehe
pasar malam pd
setiap hari sabtu ada pasar malam yang mmg besar giler. so jom kita tengok amender mamat ni boleh beli. pau noram pun ader. special dia sebab pau ni suci dan bersih. sup gearbox pun ader. aku pun dulu masa gi pd memang selalu menjenguk la kat pasar malam pd ni kan. hehehhe. dulu selalu beli roti john ngan kuetiaw goreng then lepak kan pantai depan tuh untuk bersantai sambil2 rilex dijamah bayu laut yang sepoi2 bahasa. hehehehehe romatic la plak kan. tapi kalau sorang2 tak berani la aku nak melepak kan. hehehheeh. lagi satu tauhu bakar dengan kerang bakar kat pasar malam ni pun best gak kan. heheheheeh
ikan bakar pasir panjang
malam ni mamat tu makan seafood kat pasir panjang pd. harga ikut per 100 gram kat sini. mamat tu amik ikan pari. suruh dia bakar. makan dengan nasi putih ngan air sekali. aku memang suka ngan ikan bakar. tapi aku tak suka la dengan cara masak ikan bakar yang pakai cili or sambal banyak giler tuh. aku kalau boleh lagi prefer nak makan or masak ikan bakar yang fresh and simple. tak payah la letak2 sambal2 tu semua kan. heheheh then pekena plak dengan kuah asam letak budu ngan limau nipis sket. perghhhhhhhhh tetiba rasa nak makan ikan bakar la sekarang nih. siap la aku singgah kat ikan bakar jalan bellamy week ni jugak tau. heheheheeheheh best beb!
hari ke-2
sarapan pagi
nasi lemak bungkus dengan milo ais. fuhhhh memang nampak terangkat la beb! breakfast yang simple je kan. tu la nama dia destinasi bajet. takkan la nak melantak giler babi macam kat resort buffet tu kan. heheheh masa breakfast yang simple tu plak, kalau boleh baca newspaper pepagi pun best giler kan. dapat sipping coffee sekali dengan pekena roti chanai dengan kuah dal campur sikit sambal. fuhhhhhhhh heaven la beb!
pd ostrich farm
tempat yang mesti dilawati. rm8 untuk orang dewasa, cam best je kan. heheheh aku pun belum sampai ke sana lagi thougha aku selalu datang kat pd tu dulu. kena amik gambar la dengan ostrich tuh. telur burung unta memang kuat, aku tengok mamat tu siap berdiri atas cangkerang telur burung unta lagi tuh. kat sini boleh cuba naik ostrich lagi beb! amacam sempoi tak? hehheheh amende la mamat tu merepek meraban kan. siap dapat sijil lepas naik ostrich tu lagi beb! boleh gak tengok lumba burung unta. bukan senang nak tunggang ostrich sambil berlumba kan. hehehehe. memang best la nampaknya. kena pergi ni la. kat sana nak makan satay ostrich pun boleh rm1.70 satu cucuk. okeylah kan. dapat makan panas2 lagi tu beb! banyak gak cenderamata yang dijual berdasarkan ostrich kat sini. so jomlah melawat pd ostrich farm ni kan. hehehehehe
muzium seri menanti
dari pd terus mamat tu drive ke kuala pilah nak gi muzium. kena daftar je kalau nak masuk muzium nih. tak yah bayar pun takpe. heheheh. this is real istana. so kena convert ke muzium la. hehehhe. boleh tengok tempat raja2 dulu2 bersantai. huh! boleh tengok tempat meja makan diraja. heheheh mamat tu terkamjat ngan harimau. tengkolok tak sudah pun ader siot! siap tanya lagi, asyik tak sudah, bila la plak tengkolok tu nak sudah kan? hehehehe lawak la plak mamat tu kali ni la.
rojak mee kuala pilah
mamat tu makan tengah hari kat food court sebelah pasar kuala pilah. rojak ngan cendol memang famous. mamat tu order cendol kosong ngan rojak mee. semua dalam rm5 je beb! mana nak dapat kat kl kan. heheheh inilah cendol kuala pilah. kat gerai hajah fatimah. best siot tengok mamat ni makan la. ni memang kena pergi ni satu hari nanti. huh! dulu masa singgah kat kuala pilah tak terfikir plak nak makan2 camnih. hehehehee. nak pergi kuala pilah punya la jauh kan. sampai je dah penat, so tak sempat la nak pi jalan2 cari makan camnih. hehehehee. takpe, sementara aku bujangan nih, kena la pergi jalan2 cari makan kan. kalau dah kahwin nanti, sure busy giler kan. hehehehe
ladang dragon fruit
kat sini mmg banyak giler ladang dragon fruit. heheheh buah yang dah dikopek pun ader beb! mamat tu siap tanya lagi kalau2 kulit tu boleh naikkan seri muka. heheheh. siap minum just pitabery lagi kat sana. masam la plak rasanya. kat melaka pun memang banyak buah nih. kat kluang pun best giler. hehehehe. memang best la. kalau dapat pekena jus air buah naga pun best giler la. merah menyala la gelas jus dia kan. hehehehehehe
hutan lipur ulu bendol
kat sini ada macam2 aktiviti yang boleh dibuat. boleh bersantai petang2 kat sini. siap ada kolam besar lagi kat sini. dulu masa nak pergi kuala pilah dengan kuala kelawang memang lalu kat area air terjun nih, tapi dulu tak pernahlah singgah coz kesuntukan masa la. heheheheh. ni memang kena singgah la satu hari nanti kan. sambil2 tu boleh pekena ayam goreng or buat ayam bbq kat tepi air terjun sambil melantak nasi goreng. fuhhhhhhhh sedap la. memang best la. camner eh! kena singgah mandi-manda kat air terjun ni weiiiiii
benteng kat seremban
mamat ni makan malam kat seremban. dia minta sup ayam special rm2 je. murah beb! ni namanya benteng seremban. sure jumpa la punya kan. satay daging 10 cucuk dengan milo ais. so far mamat ni belanja rm240 je. nampak sempoi je la food court kat sini kan. hehehehe. kena singgah jugak la. tnb seremban pun dah ada wisma tnb yang besar giler. dulu masa stay kat seri malaysia, selalu gak makan kat a&w kat tepi tasek seremban tu okey. hehehehehe
hari ke-3
memancing kat tepi pantai pd
mamat tu nak tangkap ikan bolos plak. hehehehe. memang best la kalau aku pun hantu memancing kan. heheheh. ikan polos ke bulus. aku pun tak sure la. ikan kecik giler beb! mamat ni memang giler memancing la. kat mana2 dia akan bawak joran dia tuh. paling best masa minggu lepas masa dia pergi pangkor and then dia dapat ikan besar giler. siap bawak kat kedai nak dibakar lagi tuh…..pergghhhh seb baik la aku bukan hantu memancing ni kan. kalau tak sure aku pun akan bawak joran kat mana2 aku pergi la. heheheheheh syukur!
restoran md sheriff
makan roti chanai ngan teh tarik. aku rasa cam pernah makan la kat sini. siap ada kedai jual suratkhabar ngan majalah la kat sini. kalau tak silap kedai kat tepi simpang ni kan. hehehehhe. tapi mee goreng mamak dia memang sedap la kan. heheheheeh
pasar borong nilai 3
memang best area ni beb! hehehe berlambak2 kedai jual borong je kat sini. kalau jalan kaki, seminggu pun tak habes, daripada kain ela, karpet, barangan pengantin. semuanya ader la. murah2 je la. nak menghias rumah, fountain pun banyak beb! kalau pecah sendiri mau ingatla kan. heheheheeh. karpet pun ader. ukiran kepala tengkorak pun ader beb! siap main congkak kayu pun ader kat sana. beg pelbagai jenis dan ala2 nusantara pun ader kat sana. mamat tu belo angklung angin rm18. murah je beb! mamat tu beli kat toys boys nilai 3. murah siot
habes rancangan destinasi bajet!
tu dia dengan rm300 giler banyak tempat mamat tu pergi kan. tapi satu je la. aku kalau pergi mana2 pun mesti nak kena beli fridge magnet, tak tahu la kenapa. kalau tak beli fridge magnet, tu rasa cam tak lengkap. tu la pasal masa singgah perhentian tak beli mende alah tuh, aku rasa cam menyesal sesangat beb! heheheheh
memang murah beb! dengan rm300 boleh ronda2 negeri sembilan lagi tu! aku pun nak buat jalan2 bajet style la kalau camni kan. hehehehe sure bestnyer. biler aku tengok rancangan ni terus aku teruja nak buat edisi jalan2 cari makan or destinasi bajet aku sendiri. kalau la aku ada astro max kan ker senang nak tape rancangan ni kan. hehehe
tengok la nanti kalau aku dah terbeli astro max ke kan. hehehe
jumpa lagi dalam destinasi bajet minggu depan!















Ha ha ha…Thank you brader… nak cuti kat Malaysia nie, murah je…tapi saya rasa terharu bila baca blog kau ni…tak sangka la pulak orang nak blog pasal show ni…tengok destinasi Terengganu…lagi best…:)
next week, kita ke Ipoh!!!!
By: Qushairi Razali on Jun 7, 2007
at 3:27 pm
hehehehe thanks Qi.
memang dah selalu tengok destinasi bajet tu tapi baru malam tadi dok depan komputer sekali. tu yg boleh blog secara live tuh. hehehehehe.
best ar rancangan tu
nanti kalau aku ada astro max nak record and burn dalam dvd
By: KNizam on Jun 7, 2007
at 7:54 pm
[...] destinasi bajet 8tv episode 7 kat negeri sembilan [...]
By: Qi singgah di KNizam Artwerk blog « knizam artwerk on Jun 7, 2007
at 8:06 pm
destinasi budget mmg best la tok org2 yg sengkek cam aku ni.nk jalan oversea x mampu so ader guide tok jln2 kat msia ni mmg sgt berguna.thanks 8tv!
By: yang on Jun 8, 2007
at 4:26 pm
…knizam..qi ni mmg best kan???????????
By: den on Jun 9, 2007
at 2:30 pm
Hi bro…nice slot !
Keep updating ya pasal destina bajet tue..
kadang2 ter”miss” jugak …at least tahu jugak yg kt melesia still ada tmpt2 yg perlu dilawati nie..
Qi, takder blog/fotopages/myspace?
Pls share if possible..
By: krengtina on Jun 25, 2007
at 12:23 pm
aku pun sama gak mmg xpernah miss tgk show nie…mmg minat kat qi dr dulu lagi…masa dia ngan OAG..tp dlm destinasi budget nama qushairi..aku jenuh recall balik mcm familiar jer muke host dia nie…but someday tue masa kat pangkor kott..time gie memancing yg dapat bnyk ikan tue..dia ada sebut “ha..ha..ikan pertama yg berjaya ditangkap oleh qi”…then masa tue baru aku teringat balik?alamak..patut mcm pernah tgk..qi..OAG…then aku mula search pasal dia…ari tue qi ada menang apa ek.loreal branstorm yg dapat gie paris tue kan..aku trus simpan gambo tue…haha…cute n’ sempoi tahap gaban mamat nie..tp dah 2 mggu xde pun..tertunggu2 dpn tv…hurm..naper ek..
By: zue on Jun 29, 2007
at 12:11 pm
Boleh tau contact no De Pantai Resort tak. Cadang nak pegi cuti sekolah nie. Satu lagi ikan bakar kat Pasir Panjang tu kat kawasan mane? Jalan nak pegi Kem Bina semangat tu ke…
By: Bad on Julai 2, 2007
at 1:01 pm
yang : actually kalau travel ala2 bajet ni lagi best la sebab boleh tengok lagi banyak culture n places. kalau normal bajet tu, room je yang best kot. heheheh
den : qi ni best sebab dia style selambe je. mcm ada chemistry plak dia ngan destinasi bajet kan
krengtina : thanks. x sure la plak kalau qi ada own blog. nanti saya tanya dia eh
zue : yep destinasi bajet dah habes season agaknya. mungkin akan sambung lagi la kot.
bad : saya pun takde contact no tu semua la bro. sorry ar.
By: KNizam on Julai 2, 2007
at 7:35 pm
adoi bestnye destinasi bajet…
kalau terlepas tgk skali jek rasa cam nk nangis pon ade…heh
kita ske Qi…
ayat paling best die…”Biar Btol??”
skrg ni dh jd ayat kegemaran kita plak..
By: vanylla on September 11, 2007
at 10:11 am
pic Qi takde ke???
pliss…hehe
By: vanylla on September 11, 2007
at 10:15 am
vanylla : tunngu destinasi bajet season 2 nanti ya. heheheheeheh. xde lar pic dia
By: KNizam on September 11, 2007
at 1:44 pm
Please sapa sapa yang tau email address Qi destinasi budget leh pas kat saya tak…
thanks
By: azreen on Oktober 26, 2007
at 6:27 pm
email me k
azreen@unoite.com or
nurazreen2004@yahoo.com
By: azreen on Oktober 26, 2007
at 6:28 pm
azreen : dah tak ingat la email dia.
By: KNizam on Oktober 26, 2007
at 9:24 pm
Thank you for the support…just e mail la saya… insyaallah saya balas…kalau ada masa…heheh:)
my e-mail- qi0808@gmail.com
By: Qushairi on Februari 21, 2008
at 4:32 pm
q : hehehehe thanks for revealing the email. bila nak start destinasi bajet season 2 neh eh ?
By: KNizam on Februari 23, 2008
at 3:14 am
hi…
Destinasi Bajet bessssst….x pnah miss…Qi pn best…selamba & sempoi…..
By: hani on Mei 14, 2008
at 1:26 pm
yo..ader tak destinasi bajet nak pegi sabah…tgh pening nak cari maklumat pasal nak pegi sabah
By: nona supergirl on Mei 14, 2008
at 10:41 pm
hani : hehe mmg best giler
nona : cuba google je. hehe
By: KNizam on Mei 18, 2008
at 4:41 pm
tau x lagu ape time starting destinasi bajet……..
coooooool…..sampai skg cari…plz
By: nana on Ogos 25, 2008
at 11:12 am
yup..yup… rancangan nie sangat best untuk dilayan… sesuai utk kita2 yg sker travel tapi nak bajet… plus, pengacara yg sempoi buat rancangan tu lagi menarik utk ditonton… (^_^)
By: linda on November 9, 2008
at 12:16 pm
destinasi bajet memang best sangat
By: fauziah abdullah on November 22, 2008
at 12:17 pm
qi pandai pegacara dan pandai ambik hati penonton semoga destina bajet berjaya amim
By: fauziah abdullah on November 22, 2008
at 12:20 pm
Tahniah! sebab keberjayaan rancangan Destinasi Bajet (DB) yang dah menjangkau tahap – ‘BERJAYA Air’ hahhaaha
La ni Field Trip USA pun dah nak tamattun, so Whats NEXT?? (apalagi continue la ngan DB pergh!) masih banyak Destinasi yang Qi belum repot lagi kann???
Apa2 pon aku doakan kan Qi terus berjaya!! Asalamualaikum.
By: Tabasco on Disember 5, 2008
at 8:50 am
aku pon nak promo blog aku jugak …
http://kita-k-i-t-a@blogspot.com
(baru start maa) Sesiapa yang nak menambah koleksi membaca blog leh aa datang lawat aku kat sana…
By: Tabasco on Disember 5, 2008
at 9:02 am
ermmmmm….ley bg no fon de pantai resort x?i becadang nk g sne r…
By: dora on Disember 29, 2008
at 12:36 am
nak lagu destinasi n9..
sape ade???
send kat gue….
iwan_ikan89@yahoo.com
By: iwan on Januari 8, 2009
at 8:13 pm
nak tau la kat songkai , perak ada la tgk resort air panas…harga bilik utk family blh thn gak…only RM 175nett aje…tapi let me know if someone pernah pegi sana. I nak tau la whether tempat tu sesuai tak bawak budak2 kecik… coz my eldest son baru je 5++ so…let me know someone experience…plsss…
By: motorola on Februari 21, 2009
at 5:45 pm
send to my email plsss…
ammaraliaisyah903@gmail.com
By: motorola on Februari 21, 2009
at 5:46 pm
hai qi!
sj give u komen…
t u wat budget rm200 lak ek 4 student…ahakzzz
k hope u success..salam
By: fza on Mei 22, 2009
at 8:06 am